Akademi Kontraktor

Akademi Kontraktor | Penyedia Latihan Kursus Mata CCD CIDB Murah di Selangor - Kajang, Bangi, Semenyih. Kursus Elektrikal, Mekanikal, Civil dan Pengurusan Skim Bantuan Latihan HRDF Claimable Training (SBL & SBL KHAS) | CCD Point CIDB

MATA CCD CIDB

Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) adalah sebuah program yang dibangunkan oleh CIDB bagi meningkatkan pengetahuan dan penglibatan kontraktor dalam aktiviti industri pembinaan.

APAKAH C.I.D.B ?

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) merupakan satu badan berkanun di bawah akta 520 yang telah ditanggungjawabkan untuk membangunkan industri pembinaan di Malaysia.

Pihak CIDB sentiasa berusaha untuk meningkatkan imej industri pembinaan dengan mewujudkan pelbagai program-program yang diperlukan dalam industri pembinaan.

MATA CCD

Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) adalah sebuah program yang dibangunkan oleh CIDB bagi meningkatkan pengetahuan dan penglibatan kontraktor dalam aktiviti industri pembinaan.

CCD secara rasminya telah dikuatkuasakan secara rasminya pada 1 Januari 2010 dan telah diumumkan kepada industri pembinaan semenjak tahun 2008. Melalui Pekeliling CIDB Bil. 2/2008, setiap kontraktor perlu mengumpul mata CCD mengikut gred pendaftaran di CIDB.

OBJEKTIF MATA CCD

CCD dilaksanakan dengan objektif seperti berikut:

1 . Menggalakkan kontraktor meningkatkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kepakaran dan profesionalisme kontraktor dan industri pembinaan secara umumnya
2. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kontraktor dalam pelbagai aspek pengurusan projek pembinaan
3. Meningkatkan interaksi dan networking sesama kontraktor melalui perkongsian maklumat dan pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
4. Mempelbagaikan penglibatan kontraktor dalam aktiviti-aktiviti pembinaan
5. Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan

CARA MENGUMPUL MATA CCD.

Terdapat beberapa cara untuk mengumpul mata CCD CIDB, iaitu:

1. Menghadiri program yang melibatkan peningkatan pengetahuan, forum, seminar dan kursus.
2. Penglibatan dalam persatuan yang berkaitan
3. Sumbangan dalam program pengetahuan sebagai penceramah, ahli panel, dan yang berkaitan.
4. Sumbangan sosial dan sivik

MATA CCD MENGIKUT GRED PENDAFTARAN

Mata CCD perlu dikumpulkan mengikut gred pendaftaran dan tahun yang ingin diperbaharui seperti berikut:

Gred
G1 & G2
1 Year10
2 Year20
3 Year30
G3 & G4
1 Year20
2 Year40
3 Year60
G5 & G6
1 Year30
2 Year60
3 Year90
G7
1 Year40
2 Year80
3 Year120
Gred1 Year2 Year3 Year
G1 & G2102030
G3 & G4204060
G5 & G6306090
G74080120
jQuery(document).ready(function($) { $("#table-4935").stacktable({ myClass:"stacktable small-only" }); });

Rajah di atas menunjukkan jadual mata ccd untuk memperbaharui Pendaftaran Pendaftaran Kontraktor CCD. Jika anda mencari latihan Mata CCD sertai kami sekarang.