Description
Program ini merangkumi aspek kebakaran dan puncanya, pemasangan dan operasi beberapa sistem lazim serta tentang senggaraan sistem pencegahan kebakaran. Sistem pencegahan kebakaran yang dipelajari adalah selaras dengan kehendak akta dan peraturan yang dipraktikkan di Malaysia, di samping merujuk kepada garis panduan yang diguna pakai oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.
Program ini memfokuskan tentang perlindungan dan pencegahan kebakaran; sistem pencegahan kebakaran dalam bangunan termasuklah peranan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.
Modul 1: Mekanisme Kebakaran dan Pencegahan
Modul 2: Akta, Perundangan dan Keperluan Masa Kini
Modul 3: Pencegahan Kebakaran Bangunan
Modul 4: Sistem Kili Hos dan Pancur Konsep dan Pendekatan Pencegahan Aktif
Modul 5 – Sistem Pemercikan Air Automatik
Modul 6 – Sistem Semburan Gas Automatik (Total Flooded)
Modul 7 – Sistem Penggera & Kecemasan
Question & Answer
Sesuai untuk:
- Jurutera dalam pelbagai bidang
- Kontraktor
- Pengurus Bangunan
- Pengurus Penyelenggaraan
- Juruteknik dan Supervisor
- Pekerja yang terlibat di dalam penyelengaraan
- Individu yang ingin memantapkan maklumat dan keperluan akta dan peraturan kebombaan